Sunday, December 9, 2012

Pengenalan Kata Ganti Nama Diri



Kata Ganti Nama Diri dibahagikan kepada 3, iaitu : -

1. Kata Ganti Nama Diri Pertama
      - Kata ganti diri pertama ialah kata yang 
         digunakan untuk menggantikan diri orang 
         yang bercakap.

2. Kata Ganti Nama Diri Kedua
      - Kata ganti diri kedua digunakan ketika kita 
         berbual dengan seseorang.

3. Kata Ganti Nama Diri Ketiga
      - Kata ganti diri ketiga ialah bagi merujuk
        kepada orang ketiga, kata-kata seperti 
        mereka, beliau, baginda hendaklah digunakan.


Kata Ganti Nama Diri Pertama

Kata Ganti Nama
Diri Pertama
Penggunaan
Contoh Ayat
Aku
Digunakan apabila bercakap dengan kawan biasa atau dengan Tuhan.
Aku hendak pergi ke perpustakaan.
Beta
Digunakan oleh Raja atau Sultan apabila bertitah kepada rakyat.
Beta berharap negara bertambah maju dan makmur.
Hamba
Digunakan pada diri sendiri pada zaman dahulu.
"Hamba mohon ampun daripada baginda," kata Hang Tuah.
Kita
Digunakan kepada diri sendiri dan menyertakan diri orang kedua.
Kita mesti menghormati orang tua.
Kami
Digunakan kepada diri orang yang berkata serta temannya apabila bercakap dengan orang kedua.
"Kami akan pergi ke rumah Ramli malam ini," kata Ali dan Ahmad kepada Sahfi.
Saya
Digunakan apabila bercakap dengan seseorang yang baru dikenal atau dalam suasana rasmi.
Saya suka minum jus oren.


Kata Ganti Nama Diri Kedua

Kata Ganti Nama
Diri Kedua
Penggunaan
Contoh Ayat
Anda
Digunakan untuk diri orang kedua apabila tidak berhadapan dengan kita.
Anda dikehendaki beratur ketika menaiki bas.
Awak
Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita.
Awak disuruh membersihkan bilik darjah.
Engkau
Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita dan Tuhan juga.
Engkau hendak pergi ke kedai buku itu?
Kamu
Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita.
Kamu mesti belajar bersungguh-sungguh.


Kata Ganti Nama Diri Ketiga

Kata Ganti Nama
Diri Ketiga
Penggunaan
Contoh Ayat
Beliau
Digunakan untuk orang yang kita hormati, misalnya ibu bapa, guru dan pemimpin.
Beliau dilantik menjadi pegawai penerangan.
Baginda
Digunakan untuk Raja dan Sultan.
Baginda telah berangkat ke luar negeri.
Dia
Digunakan untuk orang yang umum seperti orang biasa dan rakan mereka.
Dia adalah seorang polis.
Mereka
Digunakan untuk orang yang bilangannya lebih daripada seorang.
Mereka suka makan durian.


Sunday, December 2, 2012

Pengenalan Kata Tanya


Kata Tanya ialah kata yang digunakan untuk menanyakan perihal sesuatu seperti orang, haiwan, benda, masa, tempat, bilangan, hal, atau perkara. Dalam Bahasa Malaysia, Kata Tanya adalah seperti yang berikut.

Fungsi Kata Tanya
Bil.
Kata Tanya
Penerangan
1.
apa
Untuk menanyakan binatang,
hal,  perkara dan benda abastrak.
2.
bagaimana
Untuk menanyakan cara dan keadaan.
3.
bila
Untuk menanyakan masa atau waktu.
4.
mengapa
Untuk menanyakan sebab atau alasan.
5.
siapa
Untuk menanyakan orang atau manusia.


Kegunaan dan Contoh Kata Tanya


1) Apa
Digunakan untuk menanyakan binatang, hal, perkara dan benda abstrak.

Ayat Contoh:

a. "Apakah kegunaan kapak ini, Ahmad ?" tanya Ali.

b. "Apakah hobi kamu ?" tanya Cikgu Tan.

c. "Apakah yang kamu telah makan pada pagi ini ?" tanya Ah Meng.



2) Bagaimana
Digunakan untuk menanyakan cara dan keadaan.

Ayat contoh:

a. "Bagaimanakah cara untuk membina sebuah almari ?" tanya Abu.

b. "Sekiranya dia tidak mahu bertolak ansur dengan kita, bagaimana ?" tanya Lily.

c. "Bagaimanakah kamu pergi ke Pejabat Pos ?" tanya Rosli.



3) Bila
Digunakan untuk menanyakan masa atau waktu.

Ayat contoh:

a. Bilakah jambatan ini siap dibina ?

b. "Ayah kamu akan datang ke sini bila ?" tanya Cikgu Lee.

c. "Bilakah kamu datang ke rumah saya ?" tanya Fatimah.



4) Mengapa
Digunakan untuk menanyakan sebab atau alasan.

Ayat contoh:

a. "Kakak menangis teresak-esak, mengapa ?" tanya Jolin.

b. "Mengapakah kamu biarkan sahaja pintu itu terbuka ?" tanya bapa kepada anaknya.

c. "Mengapakah kamu datang lewat hari ini ?" tanya Cikgu Wong.



5) Siapa
Digunakan untuk menanyakan orang atau manusia.

Ayat contoh:

a. Siapakah orang yang mencipta lampu ?

b. "Orang yang akan menjadi jurucakap hari ini ialah siapa, cikgu ?" tanya Hui Hui.

c. "Siapakah kawan baik anda ?" tanya Jia Na.