2. Penjodoh bilangan digunakan untuk menentukan sesuatu benda mengikut bentuk, rupa, saiz, dan sebagainya.
Tuesday, November 20, 2012
Pengenalan Penjodoh Bilangan
2. Penjodoh bilangan digunakan untuk menentukan sesuatu benda mengikut bentuk, rupa, saiz, dan sebagainya.
Kegunaan dan Contoh Penjodoh Bilangan
Penjodoh Bilangan
Penjodoh Bilangan
|
Kegunaan
|
Contoh
|
Angkatan
|
Digunakan untuk manusia atau benda
|
Kapal terbang, polis, askar,
|
Baris
|
Digunakan untuk benda/manusia yang berbaris
|
Orang, rumah, pokok, pemadam, gigi
|
Batang
|
Digunakan untuk benda yang panjang
|
Kayu, galah, sungai, lilin
|
Bentuk
|
Digunakan untuk benda-benda kecil yang berkeluk
|
Cincin, subang, mata kail, permata
|
Berkas
|
Digunakan untuk benda yang diikat bersama-sama
|
Kayu, papan, kunci
|
Bidang
|
Digunakan untuk benda yang luas
|
Tanah, kebun, lading
|
Biji
|
Digunakan untuk buah, sayur-sayuran atau benda yang kecil
|
Batu, cawan, telur, guli, bola
|
Bilah
|
Digunakan untuk benda yang tajam
|
Pisau, sabit, gunting, kapak
|
Buah
|
Digunakan untuk benda yang besar dan padu yang tidak menentu
|
Peti sejuk, almari, radio, taman, kereta, motorsikal, rumah
|
Buku
|
Digunakan untuk benda yang berbongkah
|
Sabun, roti, benang
|
Butir
|
Digunakan untuk benda yang kecil dan bulat
|
Peluru, mutiara, telur, beras
|
Carik/Cebis
|
Digunakan untuk benda yang dikoyakkan
|
Kain, kertas
|
Cekak
|
Digunakan untuk menghimpun benda
|
Benih padi, tangkai padi
|
Cubit
|
Digunakan untuk benda yang diambil sedikit dengan jari
|
Garam, gula, tepung
|
Cucuk
|
Digunakan untuk benda yang dicucuk dengan lidi
|
Sate, bebola ikan, daging, buah-buahan
|
Das
|
Digunakan untuk bunyi tembakan
|
Pistol, senapang, merian
|
Deret
|
Digunakan untuk benda yang disusun
|
Rumah, kereta, bangunan
|
Ekor
|
Digunakan untuk binatang
|
Ikan, ayam, itik, ular
|
Gelung
|
Digunakan untuk benda yang panjang dan bergulung
|
rotan, dawai, kawat, tali, wayar
|
Genggam
|
Digunakan untuk benda yang digenggam
|
Beras, padi, batu
|
Gugus
|
Digunakan untuk benda atau buah-buahan yang berkelompok
|
Kelapa sawit, anggur, langsat, kunci
|
Gerombolan
|
Digunakan untuk orang
|
Samseng, penjahat
|
Gulung
|
Digunakan untuk benda yang bergulung
|
Filem, kertas, dawai, kunci
|
Gumpal
|
Digunakan untuk gumpalan
|
tanah, tembakau, kapas, kekabu, asap, awan
|
Helai
|
Digunakan untuk benda yang nipis dan lebar
|
Baju, seluar, kertas, sampul surat, selimut
|
Hidang
|
Digunakan untuk menjamu sesuatu
|
Lauk, kuih, air
|
Ikat
|
Digunakan untuk benda yang diikat
|
Papan, kayu, sayur, tebu
|
Hiris/Iris
|
Digunakan untuk benda yang dipotang nipis-nipis
|
Bawang, halia, tomato, timun, daging
|
Jambangan
|
Digunakan untuk benda yang bertangkai atau berangkai-rangkai
|
bunga
|
Jambak
|
Digunakan untuk benda yang bertangkai atau berangkai-rangkai
|
Bunga, kunci
|
Jemput
|
Digunakan untuk sebungkus barang
|
nasi, garam, gula, ikan bilis, udang kering
|
Kajang
|
Digunakan untuk bahagian atas rumah
|
Atap, bumbung
|
Kaki
|
Digunakan untuk benda yang bertangkai
|
Paying, cendawan
|
Kandang
|
Digunakan untuk tempat menginap binatang
|
Kambing, lembu, kerbau
|
Kawan
|
Digunakan untuk kumpulan binatang
|
Gajah, lembu, kambing, lebah
|
Kelompok
|
Digunakan untuk sekumpulan benda,manusia, binatang dan pulau yang
berkelompok
|
Awam, kuda, pulau, bintang, burung
|
Kepal
|
Digunakan untuk benda yang dikepal dengan tangan
|
Nasi, pulut , tanah
|
Keping
|
Digunakan untuk benda yang tipis atau pipih
|
Biskut, roti, syiling, kad, gambar
|
Kepul
|
Digunakan untuk benda yang berkepul-kepul
|
asap, awan
|
Kerat
|
Digunakan untuk benda yang dipotong bahagian
|
Roti, papan
|
Ketul
|
Digunakan untuk benda yang berketul atau padu
|
Ais, daging, tulang, sabun
|
Kotak
|
Digunakan untuk benda yang diisi dalam kotak
|
Ubat, mancis, pensel, pen
|
Kumtum
|
Digunakan untuk [e;bagai jenis bunga-bungaan
|
Melur, mawar, teratai, anggerik
|
Lapis
|
Digunakan untuk benda yang berlapis
|
Selapis kiuj, tujuh lapis langit
|
Laras
|
Digunakan untuk senjat api
|
Pistol, senapang, merian
|
Lembar
|
Digunakan untuk benda yang lurus dan panjang
|
Kertas, benang, tali
|
Lingkar
|
Digunakan untuk benda yang bergulung-gulung
|
ubat nyamuk, tali, dawai, rotan
|
Longgok
|
Digunakan untuk benda yang berlonggok-longgok
|
Baju, durian, rambutan, betik, cili
|
Naskhah
|
Digunakan untuk bahan bacaan berjilid
|
Surat khabar, majalah, buku, risalah
|
Orang
|
Digunakan untuk manusia
|
Doctor, peguam, guru, murid
|
Papan
|
Digunakan untuk benda yang berbentuk kepingan
|
Mercun, coklat
|
Pasang
|
Digunakan untuk manusia atau benda yang berpasangan
|
Kasut, anting-anting, anak, stoking
|
Pangsa
|
Digunakan untuk bahagian dalam buah
|
Durian, cempedak
|
Pasukan
|
Digunakan untuk orang yang berpakaian seragam
|
Plolis, tentera, askar, kadet, pandu puteri
|
Pintu
|
Digunakan untuk bangunan yang berderet
|
Sepintu rumah, dua pintu kedai
|
Patah
|
Digunakan untuk kata
|
Perkataan, kata-kata
|
Pohon
|
Digunakan untuk pokok
|
Sepohon orkid
|
Potong
|
Digunakan untuk benda yang sudah dipotong
|
Daging, kek, kuih, roti
|
Pucuk
|
Digunakan untuk senjata api dan benda yang tipis serta halus
|
Sampul surat, pistol, senapang
|
Puntung
|
Digunakan untuk bahagian yang masih menyala
|
Rokok, kayu api
|
Persalinan
|
Digunakan untuk pakaian yang lengkap
|
Sepersalinan pakaian
|
Rangkap
|
Untuk puisi
|
Syair, pantun, sajak
|
Rawan
|
Digunakan untuk benda yang labuh dan bersirat
|
Jala, jaring, pukat
|
Relung
|
Digunakan untuk pembahagian kawasan
|
Serelung sawah, dua relung kebun
|
Ruas
|
Digunakan untuk benda yang beruas-ruas
|
Tebu, buluh
|
Rumpun
|
Digunakan untuk tumbuhan yang rapat-rapat
|
Rumput, padi, pandan, buluh
|
sikat/sisir
|
Digunakan untuk buah pisang
|
Pisang
|
Suap
|
Digunakan untuk makanan yang disuap
|
Sesuap nasi
|
Tandan
|
Digunakan untuk buah yang bertandan
|
Pisang, kelapa, kelapa sawit
|
Tangkai
|
Digunakan untuk buah-buahan, bungaan dan daun yang bertankai
|
Daun, langsat, kekwa, ros, padi
|
Teguk
|
Digunakan untuk air
|
air
|
Timbun
|
Digunakan untuk benda yang bertimbun
|
Setimbun pasir, dua timbun batu
|
Tingkat
|
Digunakan untuk benda yang bertingkat-tingkat
|
kedai, bangunan, rumah
|
Titik
|
Digunakan untuk cecair yang menitis
|
Air, darah, dakwat
|
Titis
|
Digunakan untuk benda yang menitis
|
Setitis embun, dua titis air mata,
|
Tompok
|
Digunakan untuk benda yang bertompok
|
Setompok anjong, tigan tompok kucing
|
Tongkol
|
Digunakan untuk buah yang bertongkol
|
Jagung
|
Ulas
|
Digunakan untuk buah-buahan yang berpangsa
|
Durian, cempedak, nangka
|
Untai
|
Digunakan untuk benda yang panjang dan berbentuk
|
Rantai manik, kalung mutiara, pantun
|
Urat
|
Digunakan untuk benda yang halus dan panjang
|
Benang, dawai, rambut, rotan
|
Utas
|
Digunakan untuk benda yang panjang dan dapat digulung
|
Rantai, tali, paip, dawai
|
Monday, November 19, 2012
Pengenalan Pantun
Pantun
=> 2, 4, 6, 8, 10, 12 atau 14 baris dalam satu rangkap
=> Rima a, a, b, b
=> Baris 1 dan 2 ialah pembayang, baris 3 dan 4 ialah maksud
Pantun terdapat dalam pelbagai bentuk. Contohnya ada yang berbentuk nasihat, adat, agama, teka-teki, jenaka dan ada juga yang peribahasa.
Di samping itu, pantun juga mempunyai kedudukan yang istimewa dalam pertumbuhan serta perkembangan puisi Melayu lama. Pantun merupakan jenis puisi Melayu lama yang tertua dan asli yang amat diminati. Ini terbukti, pantun digunakan secara meluas dalam kegiatan-kegiatan hidup harian dan seni budaya masyarakat Melayu lama. Contohnya dalam acara pemainan, hiburan, majlis keramaian, adat istiadat atau upacara.Justeru itu, pantun dari segi isi atau temanya terdapat beberapa bentuk. Antaranya dalam bentuk teka-teki, jenaka, kasih sayang, nasihat, budi, nasib, perantau, adat, kepahlawanan, peribahasa, kias ibarat dan agama. Meskipun begitu, penentuan bentuk-bentuk isi atau tema tersebut bukanlah mutlak. Ini kerana dalam setiap bentuk isi pantun itu, lazimnya terdapat juga isi atau persoalan lain. Penentuannya lebih dilihat pada isi yang menjadi latar dan dasar perkembangannya dengan isi atau persoalan lain yang berhubung.
Pantun yang isinya mengemukakan tentang nasihat, adat dan agama pada umumnya adalah mudah dikenali serta difahami. Pantun nasihat misalnya, lebih jelas bersifat mengajar atau memberi nasihat ke arah melakukan sesuatu yang baik dan meninggalkan yang buruk. Walaupun demikian, isi tentang adat danagama tidak kurang pula yang lebih serius serta mendalam persoalan isinya. Umpamanya, persoalan adat yang berkaitan dengan norma-norma adat, peraturan atau undang-undang dan persoalan agama yang berkaitan dengan Keesaan Allah dan balasan hari kemudian.
Pantun jenis peribahasa juga mudah dikenali. Ini kerana melalui penyampaian isinya menggunakan peribahasa-peribahasa yang begitu jelas bentuk serta susunannya. Bagi pantun kias dan ibarat pula sesuai dengan namanya maka setiap isi yang disampaikan atau dikemukakan itu adalah bersifat kiasan, ibarat atau perbandingan. Pernyataan isinya selalu ditemui dalam bentuk peribahasa tetapi gambaran pernyataannya lebih halus, luas dan mendalam. Pada pantun teka-tekiyang memerlukan jawapan adalah merupakan satu daripada alat untuk menggerakkan cara berfikir secara spontan dan membina kemahiran berfikir dengan tepat.
Pantun jenaka yang unsur kejenakaan atau kelucuannya terhasil daripada gambaran keanehan dan keganjilan perlakuan itu, terdapat unsur-unsur pengajaran, nasihat dan sindiran di dalamnya.

Subscribe to:
Posts (Atom)