Sunday, December 2, 2012

Kegunaan dan Contoh Kata Tanya


1) Apa
Digunakan untuk menanyakan binatang, hal, perkara dan benda abstrak.

Ayat Contoh:

a. "Apakah kegunaan kapak ini, Ahmad ?" tanya Ali.

b. "Apakah hobi kamu ?" tanya Cikgu Tan.

c. "Apakah yang kamu telah makan pada pagi ini ?" tanya Ah Meng.



2) Bagaimana
Digunakan untuk menanyakan cara dan keadaan.

Ayat contoh:

a. "Bagaimanakah cara untuk membina sebuah almari ?" tanya Abu.

b. "Sekiranya dia tidak mahu bertolak ansur dengan kita, bagaimana ?" tanya Lily.

c. "Bagaimanakah kamu pergi ke Pejabat Pos ?" tanya Rosli.



3) Bila
Digunakan untuk menanyakan masa atau waktu.

Ayat contoh:

a. Bilakah jambatan ini siap dibina ?

b. "Ayah kamu akan datang ke sini bila ?" tanya Cikgu Lee.

c. "Bilakah kamu datang ke rumah saya ?" tanya Fatimah.



4) Mengapa
Digunakan untuk menanyakan sebab atau alasan.

Ayat contoh:

a. "Kakak menangis teresak-esak, mengapa ?" tanya Jolin.

b. "Mengapakah kamu biarkan sahaja pintu itu terbuka ?" tanya bapa kepada anaknya.

c. "Mengapakah kamu datang lewat hari ini ?" tanya Cikgu Wong.



5) Siapa
Digunakan untuk menanyakan orang atau manusia.

Ayat contoh:

a. Siapakah orang yang mencipta lampu ?

b. "Orang yang akan menjadi jurucakap hari ini ialah siapa, cikgu ?" tanya Hui Hui.

c. "Siapakah kawan baik anda ?" tanya Jia Na.


No comments:

Post a Comment