PANTUN NASIHAT
Pergi ke kedai membeli
halia,
Halia dibeli bersama serai,
Rajin membaca amalan mulia,
Agar menjadi orang yang
pandai.
Tetak buluh panjang suluh,
Mari jolok sarang penyengat,
Angkat doa jari sepuluh,
Doa minta biar selamat.
Berakit-rakit menuju ke
kuala,
Menuju kuala mencari kedidi,
Hidup sekarang penuh
pancaroba,
Ilmu agama pendinding diri.
Hari minggu pergi ke pasar,
Pergi ke pasar membeli warna,
Jika kita rajin belajar,
Kelak jadi orang berguna.
Anak Mak Jah memakai topi,
Topi dipakai berwarna-warni,
Jangan suka bermain api,
Kelak terbakar diri sendiri.
Cuti sekolah di akhir penggal,
Tika bermain berhati selalu,
Solat wajib jangan ditinggal,
Agar hidup diberkati selalu.
Beli sayur bersama ikan,
Untuk ibu membuat laksa,
Baca doa sebelum makan,
Dapat berkat sepanjang masa.
Pergi ke kedai membeli lada,
Jangan lupa
membayarnya sekali,
Buat baik
berpada-pada,
Buat jahat jangan
sekali.
Buah nangka di atas pagar,
Mentari cerah nampak
berseri,
Andai kita malas belajar,
Kelak nanti merugi diri.
Mari memetik buah terung,
Jangan disimpan di dalam laci,
Jangan suka bercakap bohong,
Nanti semua kawan benci.
Buah gajus rasanya kelat,
Mari dimakan bersama-sama,
Wajib kita tunaikan solat,
Kerana solat tiang agama.
Mak Minah menjual jamu,
Jamu dijual di Pekan Rabu,
Cari ilmu janganlah jemu,
Nanti hidupmu diberkati
selalu.
Adikku Siti hilang ke mana,
Mencari lokan di
tepi paya,
Tuntutlah ilmu
walau di mana,
Bekalan diri
untuk Berjaya.
Pergi ke taman main kejar-kejar,
Hingga terlanggar pokok
ceri,
Beri tumpuan semasa belajar,
Baru berkat ilmu dicari.
Makan roti bersama kaya,
Ditambah pula dengan bahulu,
Kalau hidup ingin berjaya,
Usaha sentiasa berdoalah
selalu.
Pergi berkelah pagi sabtu,
Pergi bersama rakan-rakan,
Solat fardu lima waktu,
Jangan leka wajib tunaikan.
Upin dan Ipin kejar
mengejar,
Lari-lari terpijak tupai,
Mari adik kita belajar,
Belajar mengaji sampai
pandai
PANTUN KEKELUARGAAN
Pergi membeli daun kelapa,
Untuk dibuat ketupat palas,
Hormati kedua ibu bapa,
Jasa mereka tidak terbalas.
Pergi ke pasar
naik kereta,
Hendak membeli
sayur peria,
Dengarlah nasihat
ibu bapa,
Supaya hidup kita
bahagia.
Mari pergi ke rumah Mak
Gayah,
Dihidangkan pula roti dan
kari,
Sayang ibu sayang ayah,
Jaga maruah jaga diri.
Penat belajar pulang ke rumah,
Singgah di taman untuk berehat,
Kasihi ibu sayangi ayah,
Hidup bahagia dunia akhirat.
Buai laju-laju,
Sampai pokok dedalu,
Dengar nasihat ibu,
Ibu sayang selalu.
Pergi berjalan
membawa raga,
Naik pula kereta
Kembara,
Sayang diri
sayang keluarga,
Semoga hidup akan
gembira.
PANTUN TEKA-TEKI
Pagi-pagi pergi ke pantai,
Pergi ke pantai berjalan
kaki,
Kalau adik orang yang
pandai,
Apa binatang keris di kaki?
Kalau tuan pergi ke kedai,
Belikan saya buah pisang,
Kalau tuan budak yang pandai,
Apakah haiwan yang ada insang?
Hendak ke kedai membeli
kari,
Jangan lupa memakai tudung,
Badannya besar sukar
berlari,
Ada pula tanduk di hidung?
PANTUN ALAM SEKITAR
Pergi ke kedai membeli
kereta,
Kereta dibeli untuk Pak
Omar,
Membakar sampah merata-rata,
Udara disedut akan tercemar.
Daun merimbun dahan berduri,
Akar bertaut mencengkam tanah,
Pokok ditebang sesuka hati,
Runtuh tanah
mengundang padah.
PANTUN PERPADUAN
Buah kelapa buah bidara,
Diletak elok bersama madu,
Pelbagai bangsa dalam
negara,
Hidup sejahtera bersatu
padu.
Dari desa hendak ke kota,
Singgah pula membeli peria,
Indah sungguh budaya kita,
Semua amalkan 1
Malaysia.
PANTUN KESIHATAN DAN
KEBERSIHAN
Pagi-pagi membeli
kelapa,
Membeli kelapa di
rumah Pak Baba,
Kalau banyak
makan gula-gula,
Gigi rongak
hilanglah seri rupa.
Bangun pagi-pagi,
Kemas katil terus mandi,
Syampu rambut gosok gigi
Sabun badan agar wangi.
Burung tempua
burung kedidi,
Hinggap di dahan
si burung gagak,
Kalau kita tak
gosok gigi,
Nanti senyum
nampak rongak.
Nice Blog !!!
ReplyDeleteThank You!
Delete