Wednesday, October 3, 2012

Contoh Pantun


PANTUN NASIHAT
Pergi ke kedai membeli halia,
Halia dibeli bersama serai,
Rajin membaca amalan mulia,
Agar menjadi orang yang pandai.

            Tetak buluh panjang suluh,
            Mari jolok sarang penyengat,
            Angkat doa jari sepuluh,
            Doa minta biar selamat.

Berakit-rakit menuju ke kuala,
Menuju kuala mencari kedidi,
Hidup sekarang penuh pancaroba,
Ilmu agama pendinding diri.

            Hari minggu pergi ke pasar,
            Pergi ke pasar membeli warna,
            Jika kita rajin belajar,
            Kelak jadi orang berguna.


Anak Mak Jah memakai topi,
Topi dipakai berwarna-warni,
Jangan suka bermain api,
Kelak terbakar diri sendiri.

            Cuti sekolah di akhir penggal,
            Tika bermain berhati selalu,
            Solat wajib jangan ditinggal,
            Agar hidup diberkati selalu.

Beli sayur bersama ikan,
Untuk ibu membuat laksa,
Baca doa sebelum makan,
Dapat berkat sepanjang masa.

            Pergi ke kedai membeli lada,
Jangan lupa membayarnya sekali,
Buat baik berpada-pada,
Buat jahat jangan sekali.

Buah nangka di atas pagar,
Mentari cerah nampak berseri,
Andai kita malas belajar,
Kelak nanti merugi diri.
            Mari memetik buah terung,
            Jangan disimpan di dalam laci,
            Jangan suka bercakap bohong,
            Nanti semua kawan benci.

            Buah gajus rasanya kelat,
            Mari dimakan bersama-sama,
            Wajib kita tunaikan solat,
            Kerana solat tiang agama.

Mak Minah menjual jamu,
Jamu dijual di Pekan Rabu,
Cari ilmu janganlah jemu,
Nanti hidupmu diberkati selalu.

Adikku  Siti hilang ke mana,
Mencari lokan di tepi paya,
Tuntutlah ilmu walau di mana,
Bekalan diri untuk Berjaya.

Pergi ke taman main kejar-kejar,
Hingga terlanggar pokok ceri,
Beri tumpuan semasa belajar,
Baru berkat ilmu dicari.
Makan roti bersama kaya,
Ditambah pula dengan bahulu,
Kalau hidup ingin berjaya,
Usaha sentiasa berdoalah selalu.

            Pergi berkelah pagi sabtu,
            Pergi bersama rakan-rakan,
            Solat fardu lima waktu,
            Jangan leka wajib tunaikan.

Upin dan Ipin kejar mengejar,
Lari-lari terpijak tupai,
Mari adik kita belajar,
Belajar mengaji sampai pandai


PANTUN KEKELUARGAAN
Pergi membeli daun kelapa,
Untuk dibuat ketupat palas,
Hormati kedua ibu bapa,
Jasa mereka tidak terbalas.

Pergi ke pasar naik kereta,
Hendak membeli sayur peria,
Dengarlah nasihat ibu bapa,
Supaya hidup kita bahagia.

Mari pergi ke rumah Mak Gayah,
Dihidangkan pula roti dan kari,
Sayang ibu sayang ayah,
Jaga maruah jaga diri.

            Penat belajar pulang ke rumah,
            Singgah di taman untuk berehat,
            Kasihi ibu sayangi ayah,
            Hidup bahagia dunia akhirat.


Buai laju-laju,
Sampai pokok dedalu,
Dengar nasihat ibu,
Ibu sayang selalu.

Pergi berjalan membawa raga,
Naik pula kereta Kembara,
Sayang diri sayang keluarga,
Semoga hidup akan gembira.


PANTUN TEKA-TEKI
Pagi-pagi pergi ke pantai,
Pergi ke pantai berjalan kaki,
Kalau adik orang yang pandai,
Apa binatang keris di kaki?

            Kalau tuan pergi ke kedai,
            Belikan saya buah pisang,
            Kalau tuan budak yang pandai,
            Apakah haiwan yang ada insang?

Hendak ke kedai membeli kari,
Jangan lupa memakai tudung,
Badannya besar sukar berlari,
Ada pula tanduk di hidung?


PANTUN ALAM SEKITAR
Pergi ke kedai membeli kereta,
Kereta dibeli untuk Pak Omar,
Membakar sampah merata-rata,
Udara disedut akan tercemar.

            Daun merimbun dahan berduri,
            Akar bertaut mencengkam tanah,
            Pokok ditebang sesuka hati,
Runtuh tanah mengundang padah.


PANTUN PERPADUAN
Buah kelapa buah bidara,
Diletak elok bersama madu,
Pelbagai bangsa dalam negara,
Hidup sejahtera bersatu padu.

            Dari desa hendak ke kota,
            Singgah pula membeli peria,
            Indah sungguh budaya kita,
Semua amalkan 1 Malaysia.


PANTUN KESIHATAN DAN KEBERSIHAN
Pagi-pagi membeli kelapa,
Membeli kelapa di rumah Pak Baba,
Kalau banyak makan gula-gula,
Gigi rongak hilanglah seri rupa.

            Bangun pagi-pagi,
            Kemas katil terus mandi,
            Syampu rambut gosok gigi
            Sabun badan agar wangi.

Burung tempua burung kedidi,
Hinggap di dahan si burung gagak,
Kalau kita tak gosok gigi,
Nanti senyum nampak rongak.




Terima Kasih ...

2 comments: